edge  
 
 
     
logo 英文  中文
快捷链接 :
 
line
 
Tuesday, 19 Jun 2018
View All Collection
Karnival Sukan Bermotor Sarawak dihidupkan semula
11 April 2018

Sofian, Hamzah dan Shahrizal menunjukkan trofi yang bakal menjadi buruan para peserta karnival pada sidang media hari ini.

KUCHING: Peminat sukan permotoran harus tidak melepaskan peluang menyaksikan kehebatan pelumba ‘drag bike’ dan ‘pocket bike’ tempatan yang mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Bermotor Sarawak 2018 pada 14-15 April ini di MetroCity Matang.

Temasya tahunan memasuki edisi keempat itu anjuran bersama Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Petra Jaya dan Kelab Sukan Permotoran DCS Petra Jaya.

Ia turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayan, Belia dan Sukan Negeri; Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (KBS), Persatuan Permotoran Malaysia (AAM), Persatuan Sukan Lumba Sarawak (SARSA) dan beberapa agensi kerajaan.

Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Hamzah Brahim, berkata karnival tersebut dihidupkan semula selepas berehat selama setahun atas permintaan menggalakkan dari peminat sukan itu khususnya di sekitar kawasan parlimen Petra Jaya.

"Penganjuran karnival ini memperlihatkan keprihatinan penyandang kerusi parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof terhadap aktiviti sosial melibatkan golongan belia di kawasan tersebut.

"Objektif utama karnival ini adalah untuk mengasah bakat serta membina semangat kesukanan dalam bidang permotoran.

"Pada masa sama, penganjurannya dapat menarik penyertaan masyarakat khususnya golongan belia dalam aktiviti sihat sekali gus membantu mengikis gejala sosial seperti lumba haram, penyalahgunaan dadah dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat P194 Petra Jaya hari ini.

Setakat ini, seramai 500 peserta termasuk dari Pahang mengesahkan penyertaan dalam tiga kategori dipertandingkan termasuk pameran kereta dan motosikal.

Selain menawarkan hadiah wang tunai lumayan, pemenang juga bakal membawa pulang piala dan sijil.

"Selain pertandingan yang dinyatakan, terdapat juga aktiviti sampingan disediakan kepada pengunjung seperti jualan gerai dan pelbagai lagi.

"Justeru, kita mengalu-alukan orang ramai datang memeriahkan karnival itu nanti,” katanya sambil menambah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof akan menyempurnakan penutupan karnival di sebelah petang.

(Taken from Utusan Borneo)

blank blank blank
blank blank  
blank blank
主页    |   工程项目   |   关于我们   |   联络我们   |   媒体信息   |   隐私通知书
blank
张家辉实业有限公司版权所有
bottom logo
 
 
 
 
图片仅供参考,发展商有权依照建筑工程师或授权单位指示修改原图。