edge  
 
 
     
logo English  中文
Quick Link :
 
line
 
Wednesday, 19 Dec 2018
View All Collection
Tun Taib lawat galeri jualan CKH Realty Group
25 April 2016

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud melawat galeri jualan CKH Realty Group di Wisma CKH, Metrocity Matang di sini, semalam.

 
TAKLIMAT: Tun Taib mendengar penerangan daripada Chong berkaitan pembangunan kawasan bandar raya Kuching utara khususnya, Metrocity Matang.


Tun Taib sebelum itu telah melawat gerai pameran di Program Sejiwa Senada di pekarangan Metrocity, Matang.

Ketibaan beliau turut disambut oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan CKH Realty Datuk Chong Kia Hoi dan isterinya, Datin Annie Chang Kee Nieng.

Turut hadir Pengarah CKH Realty David Chong Kok Wei dan isterinya.

Dalam perjumpaan tersebut Chong turut memberi taklimat kepada Tun Taib berhubung pembangunan di kawasan bandar raya Kuching utara khusunya Metrocity.

Tun Taib juga menyatakan beliau gembira dengan kemajuan Metrocity setakat ini selain mengimbau visinya dahulu yang ingin melihat kawasan Matang menjadi metropolis moden.

Dalam pada itu CKH Realty menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Tun Taib dan beberapa kenamaan yang hadir termasuk Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Antara kenamaan lain ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani, Menteri Muda Perancangan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Misnu Taha, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan.


Source : The Borneo Post

blank blank blank
blank blank  
blank blank
Home    |   Projects   |   About Us   |   Contact Us   |   Media & Info   |   Privacy Notice
blank
Copyright 2018 CKH Realty. All Rights Reserved
bottom logo
 
 
 
 
All illustration are artist’s impression only. The developer reserves the right to modify any part or parts of the project as directed and/or
approved by the project architect and/ or relevant authorities