edge  
 
 
     
logo
Quick Link :
 
line
 
Tuesday, 21 Nov 2017
View All Collection
Belia dinasihat guna bakat untuk jana pendapatan diri
22 October 2017
 
MESRA BELIA: Fadillah merakamkan gambar bersama para belia dan peserta bagi Program `Break Off` di MetroCity, Matang di Kuching semalam.

KUCHING: Golongan belia di negeri ini dinasihat supaya menggunakan bakat dalam apa juga bidang mereka minati bagi menjana pendapatan diri dan keluarga.

Mengambil contoh bidang pemotoran Menteri Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, belia terlibat permotoran sering dikait dengan aktiviti tidak berfaedah seperti dadah.

Sehubungan itu, belia harus melihat bidang atau aktiviti ini dari sudut positif dengan menjadikan bakat serta minat dalam bidang ini sebagai satu perniagaan.

"Kita mempunyai institusi seperti GIATMARA yang boleh membantu belia mengembang bakat dalam bidang pemotoran atau lain bidang kepada satu perniagaan.

"Sebagai contoh mereka pakar dalam bidang motomotif, boleh membuka perniagaan motomotif atau lain-lain bidang mereka minati serta berpotensi dimaju.

"Yang paling penting, saya mahu melihat belia kita berjaya tanpa terlibat dengan dadah," katanya pada Majlis Pelancaran Program `Break Off` di MetroCity, Matang dekat sini semalam.

Program tersebut merupakan anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak di bawah Kempen #Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH) yang telah dilancarkan pada 2016 di Lawas.

Mengulas mengenai program itu, Fadillah juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata meskipun santai namun program ini membawa makna besar kepada masyarakat terutama para belia.

Justeru beliau berharap program ini akan mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuk pemimpin masyarakat bagi mencapai hasrat kerajaan untuk memerangi dadah habis-habisan.

Dalam pada itu, program itu semalam berlangsung dari jam 6.30 pagi hingga 5.00 petang dan disertai oleh para belia dari sekitar bandaraya ini termasuk komuniti setempat.

Pelbagai aktviti diadakan sepanjang berlangsungnya program itu semalam seperti, Fun Run, pameran oleh agensi kerajaan dan swasta, Street Soccer, Sepak Takraw, pertandingan papan luncur dan banyak lagi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah AADK Sarawak, Kartina Ujin, serta yang lain.

(Taken from the Utusan Borneo)


blank blank blank
blank blank  
blank blank
Home    |   Projects   |   About Us   |   Contact Us   |   Media & Info   |   Privacy Notice
blank
Copyright 2017 CKH Realty. All Rights Reserved
bottom logo
 
 
 
 
All illustration are artist’s impression only. The developer reserves the right to modify any part or parts of the project as directed and/or
approved by the project architect and/ or relevant authorities