edge  
 
 
     
logo
Quick Link :
 
line
 
Tuesday, 12 Dec 2017
 

Klik Sini Untuk Versi Bahasa Inggeris

Chong Kia Hoi Realty Sdn Bhd(“CKHRSB”) menghormati dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi kamu. Notis Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan cara kami mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi kamu mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin meminda Notis Perlindungan Data Peribadi ini pada sebarang masa tanpa notis terlebih dahulu dan akan memberitahu kamu tentang sebarang pemindaan sebegitu melalui laman web atau e-mel.

(1) Maklumat Peribadi

1.1 Jenis maklumat peribadi

Maklumat peribadi bermakna sebarang maklumat yang berkaitan dengan kamu yang dikumpul atau dibekalkan kepada CKHRSB bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 di bawah.
Maklumat peribadi kamu boleh termasuk nama kamu, nombor NRIC, butir-butir perhubungan, butir-butir kewangan dan akaun bank, CCTV/perakaman keselamatan dan penjejakan lokasi/ maklumat GPS.

1.2 Sumber maklumat peribadi

(i) Pelanggan atau bakal pelanggan:

CKHRSB mengumpul maklumat peribadi secara langsung daripada kamu atau secara tidak langsung daripada wakil-wakil kamu di sisi undang-undang, agen-agen (e.g. agen-agen pelancongan) dan/atau majikan apabila kamu, wakil-wakil kamu di sisi undang-undang, agen-agen dan/atau majikan kamu menghantar borang-borang pertanyaan, pemohonan dan/atau pendaftaran yang telah siap diisi melalui pelbagai cara, termasuk salinan secrara online dan fizikal di tempat-tempat awam atau di premis kami. Maklumat peribadi kamu juga boleh dikumpul daripada cookies melalui penggunaan laman web kami.

(ii) Penjual, pembekal, penyewa atau penyedia perkhidmatan:

CKHRSB mengumpul maklumat peribadi kamu secara langsung daripada kamu atau secara tidak langsung daripada majikan atau agensi rujukan kredit apabila menawar tender untuk projek-projek, apabila kamu menghantar kami borang-borang pertanyaan dan/atau pemohonan kredit yang telah siap diisi melalui pelbagai cara, termasuk secara online dan fizikal. Maklumat peribadi kamu juga boleh dikumpul daripada cookies melalui penggunaan laman web kami.

1.3 Maklumat peribadi wajib


Semua maklumat yang diminta dalam borang-borang yang berkaitan adalah wajib untuk kamu bekalkan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sekiranya kamu gagal untuk membekalkan maklumat wajib, kami tidak akan dapat memproses permintaan kamu dan/atau membekal perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan kepada kamu.

 

(2)Tujuan-tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut (termasuk pendedahan) maklumat peribadi kamu

(i) Pelanggan atau bakal pelanggan:

Maklumat peribadi kamu dikumpul dan diproses selanjutnya oleh CKHRSB seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk melaksanakan transaksi komersial yang diminta, termasuk yang berikut:

  • untuk memproses perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta;
  • untuk membolehkan penglibatan kamu dalam mana-mana pertandingan atau acara;
  • untuk mengendali dan berkomunikasi dengan kamu berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau acara-acara kami;
  • untuk memproses mana-mana bayaran yang berkenaan dengan perkhidmatan yang kamu minta;
  • untuk tujuan-tujuan insurans;
  • untuk memohon visa-visa perjalanan dalam keadaaan perjalanan ke luar negara;
  • untuk mengendali premis kami dalam suatu cara yang selamat secara fizikal, terjamin dan bersesuaian dengan keperluan-keperluan kesihatan dan keselamatan;
  • untuk siasatan dalaman, audit atau tujuan-tujuan keselamatan;
  • untuk melakukan analisis pemasaran dalaman dan analisis corak dan pilihan pelanggan;
  • untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang dan kawal selia CKHRSB dalam perjalanan perniagaannya;
  • untuk menghubungi kamu berkenaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat kamu;
  • untuk memastikan kandungan laman web kami ditunjukkan dalam cara yang paling berkesan untuk kamu dan komputer dan/atau peranti kamu; dan
  • untuk pengurusan rekod dalaman CKHRSB, acara dan aktiviti hubungan pelanggan dan program ganjaran kesetiaan pelanggan.

Dalam keadaan kamu telah menunjukkan persetujuan kamu untuk menerima maklumat terkini tentang pemasaran dan promosi daripada CKHRSB, kamu boleh memilih untuk dikeluarkan daripada menerima bahan pemasaran atau promosi sebegitu pada bila-bila masa. Kamu boleh memilih pilihan “unsubscribe” yang dibekalkan dalam e-mel yang dihantar oleh CKHRSB atau kamu boleh menghubungi CKHRSB melalui butir-butir yang dibekalkan dalam Seksyen (6) di bawah.

(ii) Penjual, pembekal, penyewa atau penyedia perkhidmatan:

Maklumat peribadi kamu dikumpul dan diproses selanjutnya oleh CKHRSB seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk melaksanakan transaksi komersial yang diminta, termasuk yang berikut:

  • untuk memproses pemohonan akaun kredit kamu;
  • untuk menilai kebolehpercayaan kredit kamu;
  • untuk mentadbir dan memberi kesan kepada transaksi komersial kamu (pemberian tender, kontrak untuk perkhidmatan, perjanjian penyewaan);
  • untuk memproses sebarang bayaran yang berkaitan dengan transaksi komersial kamu;
  • untuk tujuan-tujuan insurans;
  • untuk siasatan dalaman, audit atau tujuan-tujuan keselamatan;
  • untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang dan kawal selia CKHRSB dalam perjalanan perniagaannya;
  • untuk menghubungi kamu berkenaan produk-produk,perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat kamu;
  • untuk memastikan kandungan laman web kami ditunjukkan dalam cara yang paling berkesan untuk kamu dan komputer dan/atau peranti kamu; dan
  • untuk pengurusan rekod dalaman CKHRSB, acara dan aktiviti hubungan pelanggan dan program ganjaran kesetiaan pelanggan.

Dalam keadaan kamu telah menunjukkan persetujuan kamu untuk menerima maklumat terkini tentang pemasaran dan promosi daripada CKHRSB, kamu boleh memilih untuk dikeluarkan daripada menerima bahan pemasaran atau promosi sebegitu pada bila-bila masa. Kamu boleh memilih pilihan “unsubscribe” yang dibekalkan dalam e-mel yang dihantar oleh CKHRSB atau kamu boleh menghubungi CKHRSB melalui butir-butir yang dibekalkan dalam Seksyen (6) di bawah.

 

(3) Penzahiran maklumat peribadi

3.1 Entiti-entiti dalam CKHRSB

Maklumat peribadi kamu yang dibekalkan kepada kami mungkin diproses oleh entiti-entiti (dalam atau luar Malaysia) dalam CKHRSB (termasuk syarikat-syarikat berkaitan, subsidiari-subsidiari, syarikat-syarikat induk, syarikat-syarikat bersekutu dan rakan-rakan kongsi khidmat luaran).
CKHRSB akan memastikan bahawa:

(i) akses ke maklumat peribadi kamu terhad kepada kakitangan-kakitangan yang diperlukan untuk memproses maklumat peribadi kamu mengikut keperluan-keperluan tugas mereka masing-masing; dan

(ii) hanya maklumat yang diperlukan dizahirkan kepada pekerja-pekerja berkenaan.

3.2 Kelas pihak-pihak Ketiga

Maklumat peribadi kamu mungkin dizahirkan kepada pihak-pihak ketiga yang berkaitan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) seperti yang diperlukan di bawah undang-undang, menurut hubungan kontrak yang berkenaan (sebagai contoh, kami melantik pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga) atau bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 di atas (atau secara langsung berkaitan dengan tujuan-tujuan tersebut).

Dalam keadaan suatu penjualan perniagaan, pelupusan, perolehan, penggabungan atau penyusunan semula yang berpotensi, dirancang atau sebenar (“Transaksi”), maklumat peribadi kamu mungkin diperlukan untuk didedahkan atau dipindah kepada suatu pihak ketiga sebagai akibat Transaksi tersebut. Kamu di sini mengaku bahawa pendedahan dan pemindahan sebegitu boleh berlaku dan membenarkan CKHRSB untuk menzahirkan maklumat peribadi kamu kepada pihak-pihak yang lain dan penasihat-penasihat/wakil-wakilnya.

(i) Pelanggan atau bakal pelanggan:

Maklumat peribadi kamu boleh didedahkan kepada kelas pihak-pihak ketiga di bawah:

  • Pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam-peguam, setiausaha-setiausaha syarikat, perunding, kontraktor, penasihat-penasihat profesional, pembekal perkhidmatan, syarikat-syarikat percetakan, kontraktor, penganjur-penganjur persidangan/latihan/acara, penasihat-penasihat lain, dan syarikat-syarikat insurans);
  • Rakan-rakan niaga atau afiliasi kami yang mungkin turut serta membekalkan perkhidmatan yang kamu minta (pihak ketiga seperti hotel atau resort atau penyewa medan beli-belah)
  • Syarikat-syarikat utiliti;
  • Syarikat-syarikat pengurusan hartanah untuk pengurusan hartanah yang dibeli;
  • Kedutaan-kedutaan asing (termasuk agensi-agensi yang dilantik oleh kedutaan-kedutaan asing untuk menjalankan perkhidmatan mereka) sekiranya CKHRSB membantu kamu dalam pemohonan visa kamu sebagai sebahagian daripada perkhidmatan-perkhidmatan pelancongan yang kamu minta;
  • Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang termasuk polis tempatan; dan
  • Pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan pengawal selia industri yang berkaitan.

(ii) Penjual, pembekal, penyewa atau penyedia perkhidmatan

Maklumat peribadi kamu boleh didedahkan kepada kelas pihak-pihak ketiga di bawah:

  • Pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam-peguam, setiausaha-setiausaha syarikat, syarikat-syarikat percetakan, kontraktor, penganjur-penganjur persidangan/acara, penasihat-penasihat lain, agensi-agensi pelancongan dan syarikat-syarikat insurans);
  • Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, termasuk polis tempatan; dan
  • Pihak berkuasa kerajaan pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan pengawal selia industri yang berkaitan.

 

(4) Laman Web

4.1 Pautan ke laman-laman web yang lain

Pautan ke laman-laman web yang lain dibekalkan bagi kemudahan dan maklumat kamu. Laman-laman web ini mungkin mempunyai kenyataan privasi mereka sendiri, yang kami cadangkan kamu menyemak sekiranya kamu melawat mana-mana laman web pautan. Kami tidak bertanggungjawab bagi kandungan dalam pautan laman-laman web atau sebarang penggunaan laman-laman web tersebut.

4.2 Produk-produk atau aplikasi-aplikasi mengesan lokasi

Produk-produk atau aplikasi-aplikasi mengesan lokasi menyampaikan maklumat lokasi kamu kepada kami. Kami tidak menggunakan maklumat yang dihantar atau dibekalkan selain daripada untuk membekalkan perkhidmatan yang kamu minta. Fungsi pengesanan lokasi adalah pilih masuk dan kamu mempunyai kawalan atas penyertaan kamu dan boleh menutup perkhidmatan-perkhidmatan sebegitu pada bila-bila masa atau menyahpasangkannya.

Sesetengah aplikasi mudah alih akan menggunakan Google Analytics (atau alat yang serupa) untuk membantu kami melayan kamu dengan lebih baik melalui produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diperbaik dan semakan-semakan terhadap aplikasi mudah alih. Maklumat yang terkumpul ini tidak akan mengenalpastikan kamu kepada kami. Walau bagaimanapun, ia mungkin membolehkan kami mengetahui kamu secara sulit tentang perkhidmatan-perkhidmatan dan fungsi-fungsi yang paling kerap kamu gunakan dalam aplikasi tersebut dan juga jenis peranti dan fungsi-fungsi perkakasan, negara dan bahasa muat turun.

4.3 Cookies

Suatu cookie mungkin boleh digunakan dalam pemprosesan maklumat kamu. Suatu cookie ialah fail teks yang ditempatkan di dalam ingatan komputer dan/atau peranti kamu oleh komputer-komputer kami. Suatu salinan fail teks dihantar oleh komputer dan/atau peranti kamu apabila ia berkomunikasi dengan pelayan kami. Kami menggunakan cookies untuk mengenal pasti kamu. Kami juga mungkin mengumpul maklumat berikut semasa kamu melawat laman web dan/atau nama domain berkelayakan penuh yang kamu berasal untuk mengakses laman web kami, atau secara alternatif, alamat IP kamu:

(i) tarikh dan masa kamu mengakses setiap mukasurat dalam laman web kami;

(ii) URL bagi sebarang laman web yang kamu berasal untuk mengakses laman web kami (perujuk tersebut); dan

(iii) pelayar web yang kamu tengah guna dan laman-laman web yang telah kamu akses.

Sesetengah laman web mungkin memerlukan kamu untuk membekalkan sebilangan maklumat peribadi yang terhad untuk menikmati sesetengah perkhidmatan atas laman web kami (wasikah log masuk sistem, alamat e-mel dan perhubungan, dsb). Maklumat peribadi ini hanya akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang dikehendaki sahaja, seperti untuk membalas mesej kamu atau menghantar perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta.

 

(5) Hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi

Kamu mempunyai hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi kamu yang kami pegang (tertakhluk selalunya kepada beberapa pengecualian yang tertentu). Kami akan melakukan sedaya usaha untuk memastikan maklumat peribadi kamu adalah tepat dan terkini dan justeru kami meminta agar kamu terus memaklumi kami sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat kamu.

 

(6) Pengehadan pemprosesan maklumat peribadi, pertanyaan lanjut dan aduan

Sekiranya:

(i) kamu ingin memperoleh maklumat lanjut tentang cara untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi kamu;

(ii) kamu mempunyai pertanyaan lanjut; atau

(iii) kamu ingin membuat suatu aduan berkenaan dengan maklumat peribadi kamu,

kamu boleh menghubungi:-

Chong Kia Hoi Realty Sdn Bhd
Tel: +6082-425266, 425235, 410255
Email Address: info@ckhrealty.com

 

(7) Konflik

Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam bahasa Inggeris dengan Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma Notis dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

 

 

Dikesmaskini pada Mac 2014

 

blank

blank blank blank
blank blank
Home    |   Projects   |   About Us   |   Contact Us   |   Media & Info   |   Privacy Notice
blank
Copyright 2017 CKH Realty. All Rights Reserved
bottom logo
 
 
 
 
All illustration are artist’s impression only. The developer reserves the right to modify any part or parts of the project as directed and/or
approved by the project architect and/ or relevant authorities