edge  
 
 
     
logo English  中文
Quick Link :
 
line
 
Wednesday, 28 Oct 2020
View All Collection
Projek MetroCity Square bernilai RM250 juta
16 September 2014
KUCHING 15 Sept. - Syarikat pemaju hartanah, Chong Kia Hoi Realty Sdn. Bhd. (Chong Kia Hoi Realty), akan membangunkan kawasan Matang di sini, untuk projek komersial dan perumahan bernilai RM250 juta.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, projek dinamakan MetroCity Square itu merupakan sebahagian daripada pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan di kawasan tanah seluas 74.05 hektar di Matang pada 2011.

Beliau berkata, apabila siap, MetroCity Square akan menjadi pusat pembangunan berkonsep moden, integrasi dengan kediaman, tempat komersial, pendidikan dan hub pengangkutan awam.

"Pada 60 tahun lalu, kawasan Matang dikelilingi oleh kawasan pokok getah dan hutan belukar, namun ia bakal menjadi bandar moden pada masa hadapan.

"Bukan hanya menjadi sebuah kawasan perumahan dan komersial, malah akan muncul sebagai pusat menjana lebih banyak aktiviti perniagaan serta peluang pekerjaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Pelancaran Projek Pembangunan MetroCity Square di sini hari ini.

Pada majlis itu, Adenan turut menyaksikan perjanjian persefahaman antara Chong Kia Hoi Realty dengan Kumpulan Boulevard yang masing-masing diwakili oleh Pengerusinya, Chong Kia Hoi dan Tan Sri Liong Chiong Ho.

Projek MetroCity Squara terdiri daripada 356 unit pangsapuri soho, 71 unit kedai butik, menara pejabat korporat setinggi lapan tingkat, 32 unit pejabat kedai komersial dan kemudahan tempat letak kereta integarasi bertingkat mempunyai 582 petak.

Sementara itu, Kia Hoi memberitahu, pembangunan MetroCity Square yang bakal dibina itu terletak dalam sebuah pusat komersial yang luas dengan 314 kedai baharu, stesen minyak, restoran makanan segera 24 jam, pusat pengangkutan dan kolej pendidikan.

"Secara keseluruhannya, pembangunan di bandar baharu MetroCity Matang ini dibangunkan dengan pendekatan holistik meliputi prasarana fizikal, sosial dan keperluan rohani serta aspek komuniti.

"Lebih banyak pokok dan taman turut disediakan bagi menggalak penduduk mengamalkan gaya hidup sihat, manakala tempat ibadat seperti masjid dan gereja dibina bagi keperluan penduduk termasuk kolej pengajian yang akan dibuka di sini," ujarnya.



(Taken from Utusan Malaysia)


blank blank blank
blank blank  
blank blank
Home    |   Projects   |   About Us   |   Contact Us   |   Media & Info   |   Privacy Notice
blank
Copyright 2020 CKH Realty. All Rights Reserved
bottom logo
 
 
 
 
All illustration are artist’s impression only. The developer reserves the right to modify any part or parts of the project as directed and/or
approved by the project architect and/ or relevant authorities